Adds

Friday, January 10, 2014

TERNAKAN KERBAU TENUSU DI MALAYSIA



Baiklah untuk tidak menjadikan post ini terlalu saintifik, saya mulakan dengan apa trivia tentang Kerbau.


1) Cheese terkenal untuk pizza atau Italian Mozzarella Cheese dibuat menggunakan susu Kerbau. Ya! susu kerbau!

2) Kerbau menghasilkan susu yang sedikit pekat berbanding susu lembu.

3) Kesegaran susu kerbau tahan lebih lama berbanding susu lembu.

4) Susu kerbau kurang kolesterol juga tinggi kalsium, protein, tenaga dalam kalori, berbanding susu lembu.

5) Mereka yang mengalami alahan susu lembu boleh mencuba susu kerbau kerana kandungan dua susu ini berbeza.

6) Sesuai untuk mereka yang mengalami tekanan darah rendah, berdasarkan respon pengguna susu kerbau dapat menstabilkan tekanan darah.

7) Produk lain yang boleh dihasilkan dari susu kerbau ialah yogurt, aiskrim, dadih, dan susu perisa untuk masakan.

Tobiar,Pendang,Kedah - Beralamat di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, satu projek ternakan Kerbau Tenusu dilaksanakan dengan mengimport baka kerbau Murrah dari India.

Kira-kira sebanyak 50 ekor kerbau Murrah Kerbau berciri kulit yang hitam ini diperah hasil susunya dalam purata 9 liter per ekor. Kerbau spesis ini merupakan salah satu baka yang baik dalam menghasilkan susu.

Ini merupakan projek perintis yang dilengkapi dengan pejabat, kandang perahan susu, bangunan pemprosesan susu, setor dan kandang. Pada masa ini JPVNK sedang dalam proses membangun tempat pembiakan baka dan pembesaran ternakan.

Jadi pada mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penternakan kerbau tenusu, bolehlah ke JPV Negeri Kedah dan mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

Sumber dan Gambar telah di olah oleh saya untuk memudahkan pembacaan anda semua, dari Majalah Agro Malaysia.

*Post ni takdo kono mengeno dengan oghang nismilan, "jang oh jang kobau tak boghi makan laie"