Adds

Thursday, December 12, 2013

SYASYA SOLERO - Artis Muzik Video

"macam comel je, macam cantik je" branding yang telah membuatkan Syasya Solero popular di media sosial secara mendadak.

Menolak kata-kata buruk orang ramai, mengambilnya sebagai sesuatu yang positif menjadikan Syasya Solero kini sebagai seorang artis baru. Ya! Mana taknya dalam masa beberapa bulan sudah siap 3 lagu yang melibatkan Syasya ni. *ohsemnya impak media sosial ni.

Lagu yang paling awal yang dicipta ialah Lagu ciptaan
AMAR - Macam Cantik Je Macam Comel Je



Lagu ini ada masukkan sedikit petikan ayat branding Syasya Solero di akhir lagu, sebuah lagu berciri islamik. Buat mereka yang menggemari lagu bergenre begini, ini adalah hadiah dari AMAR.

Kemudian, Syasya menjadi jemputan dalam lagu
Erry Putra - Macam cantik macam comel.



MV lagu ni tak keluar lagi, jadi aku taknak komen apa-apa. Selamat mendengar.

Ok lagu yang akhir sekali ni, Syasya jadi artis Muzik Video, yang ini aku nak komen panjang sikit.

Lagu Ezad - Memori Sekuntum Rindu.



Aku taknak komen pasal lagu, sebab aku bukan pandai dalam bab lagu bergenre macam ni, aku hanya nak komen pasal peranan Syasya dalam muzik video ni tak memberi impak atas arahan pengarah. Bagi aku muzik video begini hanya untuk tahap karaoke tahun 90an dan awal 2000.

Dari segi kualiti video itu OK, lokasi pengambaran di tempat tinggi itu OK, cuma arahan untuk muzik video yang tiada cerita berkaitan dengan lagu yang ingin disampaikan. Kira macam takde storyboard la ni, pengarah sekadar jemput Syasya untuk mendapatkan sedikit impak dalam Muzik video berkenaan.

Sayang kalau ada syarikat yang boleh merakamkan muzik video artis, tapi kualiti yang dihasilkan terok tak setanding dengan tahap artis berkenaan. Ezad kot, popular tu. Mungkin sebab yang paling logik untuk aku pikir ialah sebab Syasya tak bersedia, dan mungkin desakan untuk keluarkan lagu tu cepat, jadi takde persediaan untuk membuat storyboard sebaiknya berdasarkan lagu nyanyian Ezad.

*sekiranya ada pihak berkaitan membaca komen daripada blog aku ini, aku memohon maaf, dan jika mereka berminat untuk mendapatkan idea kreatif daripada aku bolehlah cari aku menggunakan egen google dengan memasukkan nama penuh aku. Aku bersedia untuk mencurahkan idea kreatif aku ini kepada anda!

Update terbaru!
Syasya Solero bersama Amar, dan Bobo di Wanita Hari Ini TV3.
*baru aku tahu yang umur syasya ni baru 16tahun.