Adds

Saturday, January 4, 2014

Petikan dari video Asal Usul Melayu 

Menyatakan bahawa melayu yang dari Benua Sunda merupakan pengasas kepada tamadun dunia "Cradle of Human Civilization".

Ini dibuktikan dengan Tamadun Kedah Tua - Lembah Bujang/Kota tampan - Suatu khazanah warisan negara, kaya dengan tinggalan artifak yang wujud sejak ratusan ribu tahun dahulu.

Penemuan monumen sg.batu yang berusia 1900 tahun dahulu dipercayai tertua di asia tenggara mengatasi angkor wat, & borobudur. Para sarjana juga mengesahkan, Kedah sebagai pelabuhan entry-port dengan nama jolokkan "The Seats of All Facilities". Tempat ini menjalankan industri besi dengan pembinaan Relau & Tuyere. Proses Peleburan besi sudah bermula 8000 tahun lagi awal dari China.

Benua Sunda dianggap sebagai perintis Revolusi Neolitik / Zaman Pertanian.

Mereka adalah perintis penanam padi pertama di dunia, lembu liar di jinakkan menjadi haiwan ternakan. Inovasi itu, dimulakan di Semenanjung Malaysia di ikuti Sumatera dan Jawa lebih 14000 tahun dahulu.

Penanaman padi bukan sahaja dijadikan makanan asasi sebaliknya telah bercorak satu pelantar,platfom,akar kebudayaan,dan ketamadunan. Ini merupakan 10000 tahun lebih awal dari China, India, Mesir dan Palestin.

Peradaban di Benua Sunda mungkin lebih canggih dari apa yang kita tafsirkan!

Kalau dari Kesultanan Melaka hingga ke Zaman Sekarang Malaysia begini moden...Bayangkan betapa majunya pembangunan tamadun melayu yang bermula dalam jangkamasa 35000 tahun.

Sumber : 

*Komen : Sememangnya pertanian, penternakan merupakan tamadun penting di Semenanjung Tanah Melayu, sekarang bangsa Melayu kembali semula kepada tamadun asal Benua Sunda dengan aktiviti pertanian dan penternakan tetapi perlulah mendapat sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak untuk menjayakannya terutama dari segi meng'import' ternakan dari India dan Australia sebagai sumber bekalan makanan. Jika faktor Industri Penternakan di Malaysia sangat sembab dan lembab untuk mendapatkan Return of Investment, di persilakan menggunakan simpanan kewangan untuk melabur dalam sektor ini di Negara India dan Australia sebagaimana Pelaburan Tanaman Sawit beribu hektar di Negara Asing yang telah dilakukan di Indonesia, Benua Afrika dan lain-lain negara.