Saya
memulakan penulisan ini dengan memetik berita dari akhbar utusan yang bertarikh
28 Jan 2013 bahawa ‘Pelaksanaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang berkuat kuasa
tahun ini bagi menjadikan Malaysia sebagai hab halal dunia menunjukkan
perkembangan positif berikutan Malaysia terus mendapat pengiktirafan dunia
dalam bidang tersebut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil
Khir Baharom berkata, pada masa ini industri halal negara berkembang pesat
selepas turut menjadi rujukan untuk sijil halal dunia.’
Sumber
: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130128/dn_10/Dunia-iktiraf-Malaysia-sebagai-hab-halal
Apa
yang anda faham mengenai Hab Halal? Hab Halal dalam erti kata mudah sebagai
pusat rujukan standard halal yang mengikut piawaian yang di tetapkan JAKIM.
‘Objektif
Bahagian Hab Halal JAKIM adalah untuk mengkaji, mengesah, mengawal selia serta
memantau produk makanan dan barangan pengguna Islam agar lebih terjamin kesucian,
keselamatan dan halal secara lebih efisien dan efektif. Fungsi pengesahan halal
dewasa ini lebih bersifat komprehensif meliputi logistik, gudang penyimpanan dan
pemasaran terhadap produk dan barangan yang bakal dipasarkan dapat menyakinkan pengguna
bahawa produk atau makanan tersebut bersih, selamat serta suci digunakan.’ Rujukan
dari Muka Surat 18, Buletin Halal JAKIM, Bil. 8 Dis 2009.
Ini
adalah satu penanda aras yang baik bagi sebuah Negara Islam yang membangun
kerana diiktiraf dunia, bukan sahaja Negara berstatus Negara Islam juga Negara Bukan
Islam. Saya sangat berbangga dengan pencapaian ini namun ada beberapa perkara
yang ingin saya bangkitkan.
Antara
yang menjadi pertikaian saya adalah sejauh mana Negara kita menjadi pengeluar makanan
Halal?
Saya
hanya bercakap mengenai bahan mentah
untuk memasak yang diperoleh setiap hari di pasar. (tidak termasuk makanan
proses seperti kicap,sos, dan lain-lain.). Bahan mentah yang selalu di beli di
pasar ialah sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan makanan laut, tepung, gula, beras,
santan kelapa, telur, susu segar dan daging (ayam, itik, puyuh, kambing, lembu,
bebiri, kerbau, dan babi). Bila disenaikan jenis bahan mentah tersebut, yang
menjadi fokus Halal pengguna mestilah produk daging , kerana daging sahaja yang melalui proses penyembelihan yang menentukan daging tersebut halal atau pon tidak. Tidak seperti bahan mentah lain yang sememangnya halal dan tidak perlu alaman penyembelihan.
Saya pergi kepada sumber bahan mentah daging. Untuk memastikan Negara mengeluarkan
bahan mentah halal iaitu daging halal, kita perlulah mempunyai ladang ternakan
yang berskala besar yang mampu menampung kadar sara diri (self-sufficient) dalam Negara. Setakat ini ternakan yang menampung kadar sara
diri hanyalah ternakan Babi dan Poltri (ayam dan itik), tolak ternakan babi
yang tidak halal, yang tinggal hanyalah ternakan Poltri (ayam dan itik) yang
kebanyakkan ladang ternakan ini dikuasai mereka yang bukan muslim. Adakah
ternakan ini akan disembelih dengan kaedah Halal yang sebenar? Biarkan
persoalan ini JAKIM dan rumah sembelihan yang menjawab, sebagai pengguna kita
boleh memeriksa rumah sembelihan halal di laman web ini (http://www.halal.gov.my/ehalal/directory_standalone.php?type=S&cari=a)
sekiranya anda golongan yang benar-benar mementingkan sumber kesahihannya, jika
tidak beli tanpa rasa was-was di pasar borong rumah anda. Mengenai harga ayam
segar yang ketidaktentuan harga, saya akan menceritakannya di penulisan yang
lain.
Berbalik
semula kepada ternakan yang tidak mencapai tahap sara diri iaitu ternakan
lembu,kerbau kambing dan biri-biri. Apa sudah jadi? Sepanjang pembelajaran
teori di UPM mengenai ternakan di Malaysia, boleh saya katakan bahawa industri ternakan
kita sudah tertidur 30 tahun dari industri ternakan dunia. Ini disebabkan oleh
kita terlalu bergantung harap dengan pengimportan ternakan dari negara India
dan Australia. Bila di isu kekurangan bekalan daging di musim perayaan, pihak
kementerian dengan bangganya menjawab ‘jangan bimbang,kita akan mengimport...’.
Soalnya sampai bila?
Petikan akhbar (“Dua jenis daging di pasaran ialah daging segar dan daging
import. Bagi bekalan daging import, kita tidak berdepan masalah kekurangan
bekalan kerana sudah ada perjanjian antara negara pengimport.“Mengenai
bekalan daging segar ini, kerajaan mengenal pasti negara pembekal baharu,
selain mendapatkan bekalan dari Thailand dan India serta meningkatkan bekalan
dari Australia bagi memenuhi permintaan tempatan,” katanya.)
Rujuk artikel tiada krisis bekalan daging menjelang raya ini
(http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tiadakrisisbekalandagingmenjelangraya/Article/index_html)
Apa
masalahnya dengan pengimportan daging? Masalahnya kita terlalu bergantung harap
kepada negara pembekal ini dan tidak menjamin bekalan makanan negara. Jangan
sampai satu ketika semua negara pengimport berada dalam keadaan bencana,
peperangan, penyakit berjangkit haiwan yang kronik lalu memutuskan “no more” “tiada
lagi ternakan import untuk anda MALAYSIA”, pada saat itu walau negara mempunyai
wang yang banyak sekalipun kita tidak akan mampu menghasilkan haiwan ternakan
yang cukup. Satu lagi masalah pengimportan daging ialah penternak tempatan
tidak mampu bersaing dengan harga daging sejuk beku import yang lebih rendah berbanding
dengan daging segar tempatan.
Manipulasi Logo Halal dengan daging segar import.
Dengan menjadi hab halal dunia, negara lebih tertumpu dengan meningkatkan
ekonomi negara dengan menjadi pengeksport makanan halal kepada negara luar,
bagaimana caranya? Mudah, dengan adanya pengiktirafan Halal yang diyakini
dunia, negara hanya mengimport daging segar dari luar, membuat pembungkusan
semula atau membuat pemprosesan dari daging tersebut dan memasarkan kepada
negara timur tengah yang mempunyai pasaran yang lebih luas dengan nilai pasaran
yang lebih tinggi. Dari sudut ekonomi perkara ini amat baik dengan mengambil
peluang yang ada, namun dari sudut pengembangan industri ternakan negara
perkara ini adalah satu perbuatan yang ‘menganaktirikan’ rakyat sendiri.
Mengapa kita tidak sendiri mengembangkan Industri Ternakan dalam negara,
setelah melepasi paras sara diri lalu lebihan itu dieksport ke luar. Kerana
tumpuan harus diberikan kepada sumber bekalan makan negara dahulu, baharulah
kita fikirkan soal pengeksportan makanan melalui hab halal negara.
Baiklah bila saya menceritakan mengenai kekurangan bekalan
makan, tumpuan diberikan kepada Dasar Agromakanan Negara (2011-2020), Bab 5 –
Mengembangkan Industri Ternakan
Petikan ringkasan eksekutif (MENGEMBANGKAN
INDUSTRI TERNAKAN - Pengeluaran daging diunjurkan meningkat
kepada 2.1 juta pada tahun 2020. Begitu juga dengan pengeluaran telur dan susu
yang masing-masing diunjurkan meningkat kepada 773 ribu tan metrik dan 118 juta
liter. Penternakan ruminan akan diusahakan ke tahap sederhana dan besar dan
ditumpukan di Kawasan Tumpuan Sasaran, Pusat Fidlot Nasional dan ladang satelit
selain penternakan integrasi di ladang kelapa sawit swasta, syarikat berkaitan
kerajaan dan agensi kerajaan. Tumpuan diberikan kepada pengeluaran baka
berkualiti serta penerapan amalan penternakan intensif dan sisa sifar. Kawasan
penternakan bukan ruminan pula akan dikekalkan dan dimantapkan dengan
penggunaan teknologi moden dan amalan penternakan baik. Pengeluaran bahan
makanan ternakan akan ditingkatkan melalui penyediaan insentif dan aktiviti
R&D. Kawalan penyakit akan diperkukuh melalui program pemvaksinan dan
pengawasan, pewujudan zon bebas penyakit serta kerjasama dengan pengamal
veterinar swasta. Amalan penyembelihan selamat pula akan diperluas melalui loji
penyembelihan berpusat di bandar dan memberhentikan secara berperingkat amalan
penyembelihan kecil-kecilan di pasar basah dan luar bandar. Bagi menggalakkan
pertumbuhan industri, pengimportan hasilan ternakan akan diselaraskan dengan
mengambil kira prosedur perdagangan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia. Pusat
edaran dan lelongan akan ditubuhkan serta teknologi komunikasi akan
dimanfaatkan sebagai sumber maklumat pasaran. Pembangunan industri ternakan
yang lebih tersusun akan diselaraskan di bawah sebuah agensi baru.)
Dasar ini lengkap menceritakan proses bagaimana semuanya harus berjalan.
Anda boleh muat
turun dan baca dengan lengkap di (http://www.fama.gov.my/dasar-agromakanan-negara-2011-2020-dan-#.U4lZzvmSySp)
Selari dengan
Dasar Agromakanan Negara, Program Transformasi Ekonomi turut menggariskan 3
Entry Point Projek (EPP) yang berkaitan
industri ternakan iaitu
1.) EPP 5 - Menternak lembu secara integrasi di estet Kelapa Sawit syarikat GLC
(government link company) dengan penyewaan tanah mereka. EPP 5 ini di bawah
MPOB atau Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
2.) EPP 12 - Memperkukuh syarikat ternakan secara fidlot dengan meningkatkan bilangan
penternak kecil fidlot dan di naungi oleh satu syarikat utama fidlot negara
dengan sasaran kapasiti sebanyak 240000 ekor. EPP 12 ini di bawah Jabatan
Perkhidmatan Veterinar.
3.) EPP 16 - Pelaburan dalam penternakan lembu di luar negara. EPP 16 dapat di
capai dengan 4 lokasi penternakan di luar negara yang boleh memastikan
kestabilan bekalan lembu baka induk, lembu tenusu dan lembu fidlot cukup. EPP
16 ini dapat di capai dengan sokongan GLC dan pelaburan yang mencukupi.
Soalan saya satu sahaja kepada Pihak berwajib iaitu
kepada Kementerian Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Lembaga Kelapa
Sawit Malaysia - MPOB, dan Estet GLC.