Kukilalart's blog
Adds
Saturday, May 31, 2014
Malaysia sebagai hab halal dunia VS Dasar Agromakanan Negara VS ETP
Friday, January 10, 2014
TERNAKAN KERBAU TENUSU DI MALAYSIA
Baiklah untuk tidak menjadikan post ini terlalu saintifik, saya mulakan dengan apa trivia tentang Kerbau.
1) Cheese terkenal untuk pizza atau Italian Mozzarella Cheese dibuat menggunakan susu Kerbau. Ya! susu kerbau!
2) Kerbau menghasilkan susu yang sedikit pekat berbanding susu lembu.
3) Kesegaran susu kerbau tahan lebih lama berbanding susu lembu.
4) Susu kerbau kurang kolesterol juga tinggi kalsium, protein, tenaga dalam kalori, berbanding susu lembu.
5) Mereka yang mengalami alahan susu lembu boleh mencuba susu kerbau kerana kandungan dua susu ini berbeza.
6) Sesuai untuk mereka yang mengalami tekanan darah rendah, berdasarkan respon pengguna susu kerbau dapat menstabilkan tekanan darah.
7) Produk lain yang boleh dihasilkan dari susu kerbau ialah yogurt, aiskrim, dadih, dan susu perisa untuk masakan.
Tobiar,Pendang,Kedah - Beralamat di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, satu projek ternakan Kerbau Tenusu dilaksanakan dengan mengimport baka kerbau Murrah dari India.
Kira-kira sebanyak 50 ekor kerbau Murrah Kerbau berciri kulit yang hitam ini diperah hasil susunya dalam purata 9 liter per ekor. Kerbau spesis ini merupakan salah satu baka yang baik dalam menghasilkan susu.
Ini merupakan projek perintis yang dilengkapi dengan pejabat, kandang perahan susu, bangunan pemprosesan susu, setor dan kandang. Pada masa ini JPVNK sedang dalam proses membangun tempat pembiakan baka dan pembesaran ternakan.
Jadi pada mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penternakan kerbau tenusu, bolehlah ke JPV Negeri Kedah dan mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.
Sumber dan Gambar telah di olah oleh saya untuk memudahkan pembacaan anda semua, dari Majalah Agro Malaysia.
*Post ni takdo kono mengeno dengan oghang nismilan, "jang oh jang kobau tak boghi makan laie"
Saturday, January 4, 2014
Menyatakan bahawa melayu yang dari Benua Sunda merupakan pengasas kepada tamadun dunia "Cradle of Human Civilization".
Ini dibuktikan dengan Tamadun Kedah Tua - Lembah Bujang/Kota tampan - Suatu khazanah warisan negara, kaya dengan tinggalan artifak yang wujud sejak ratusan ribu tahun dahulu.
Penemuan monumen sg.batu yang berusia 1900 tahun dahulu dipercayai tertua di asia tenggara mengatasi angkor wat, & borobudur. Para sarjana juga mengesahkan, Kedah sebagai pelabuhan entry-port dengan nama jolokkan "The Seats of All Facilities". Tempat ini menjalankan industri besi dengan pembinaan Relau & Tuyere. Proses Peleburan besi sudah bermula 8000 tahun lagi awal dari China.
Benua Sunda dianggap sebagai perintis Revolusi Neolitik / Zaman Pertanian.
Mereka adalah perintis penanam padi pertama di dunia, lembu liar di jinakkan menjadi haiwan ternakan. Inovasi itu, dimulakan di Semenanjung Malaysia di ikuti Sumatera dan Jawa lebih 14000 tahun dahulu.
Penanaman padi bukan sahaja dijadikan makanan asasi sebaliknya telah bercorak satu pelantar,platfom,akar kebudayaan,dan ketamadunan. Ini merupakan 10000 tahun lebih awal dari China, India, Mesir dan Palestin.
Peradaban di Benua Sunda mungkin lebih canggih dari apa yang kita tafsirkan!
Kalau dari Kesultanan Melaka hingga ke Zaman Sekarang Malaysia begini moden...Bayangkan betapa majunya pembangunan tamadun melayu yang bermula dalam jangkamasa 35000 tahun.
Sumber :
*Komen : Sememangnya pertanian, penternakan merupakan tamadun penting di Semenanjung Tanah Melayu, sekarang bangsa Melayu kembali semula kepada tamadun asal Benua Sunda dengan aktiviti pertanian dan penternakan tetapi perlulah mendapat sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak untuk menjayakannya terutama dari segi meng'import' ternakan dari India dan Australia sebagai sumber bekalan makanan. Jika faktor Industri Penternakan di Malaysia sangat sembab dan lembab untuk mendapatkan Return of Investment, di persilakan menggunakan simpanan kewangan untuk melabur dalam sektor ini di Negara India dan Australia sebagaimana Pelaburan Tanaman Sawit beribu hektar di Negara Asing yang telah dilakukan di Indonesia, Benua Afrika dan lain-lain negara.
Thursday, December 12, 2013
SYASYA SOLERO - Artis Muzik Video
Menolak kata-kata buruk orang ramai, mengambilnya sebagai sesuatu yang positif menjadikan Syasya Solero kini sebagai seorang artis baru. Ya! Mana taknya dalam masa beberapa bulan sudah siap 3 lagu yang melibatkan Syasya ni. *ohsemnya impak media sosial ni.
Lagu yang paling awal yang dicipta ialah Lagu ciptaan
AMAR - Macam Cantik Je Macam Comel Je
Lagu ini ada masukkan sedikit petikan ayat branding Syasya Solero di akhir lagu, sebuah lagu berciri islamik. Buat mereka yang menggemari lagu bergenre begini, ini adalah hadiah dari AMAR.
Kemudian, Syasya menjadi jemputan dalam lagu
Erry Putra - Macam cantik macam comel.
MV lagu ni tak keluar lagi, jadi aku taknak komen apa-apa. Selamat mendengar.
Ok lagu yang akhir sekali ni, Syasya jadi artis Muzik Video, yang ini aku nak komen panjang sikit.
Lagu Ezad - Memori Sekuntum Rindu.
Aku taknak komen pasal lagu, sebab aku bukan pandai dalam bab lagu bergenre macam ni, aku hanya nak komen pasal peranan Syasya dalam muzik video ni tak memberi impak atas arahan pengarah. Bagi aku muzik video begini hanya untuk tahap karaoke tahun 90an dan awal 2000.
Dari segi kualiti video itu OK, lokasi pengambaran di tempat tinggi itu OK, cuma arahan untuk muzik video yang tiada cerita berkaitan dengan lagu yang ingin disampaikan. Kira macam takde storyboard la ni, pengarah sekadar jemput Syasya untuk mendapatkan sedikit impak dalam Muzik video berkenaan.
Sayang kalau ada syarikat yang boleh merakamkan muzik video artis, tapi kualiti yang dihasilkan terok tak setanding dengan tahap artis berkenaan. Ezad kot, popular tu. Mungkin sebab yang paling logik untuk aku pikir ialah sebab Syasya tak bersedia, dan mungkin desakan untuk keluarkan lagu tu cepat, jadi takde persediaan untuk membuat storyboard sebaiknya berdasarkan lagu nyanyian Ezad.
*sekiranya ada pihak berkaitan membaca komen daripada blog aku ini, aku memohon maaf, dan jika mereka berminat untuk mendapatkan idea kreatif daripada aku bolehlah cari aku menggunakan egen google dengan memasukkan nama penuh aku. Aku bersedia untuk mencurahkan idea kreatif aku ini kepada anda!
Update terbaru!
Syasya Solero bersama Amar, dan Bobo di Wanita Hari Ini TV3.
*baru aku tahu yang umur syasya ni baru 16tahun.
Wednesday, December 11, 2013
MENULIS KEMBALI DEMI MASA DEPAN
Aku memulakan semula penulisan blog secara perlahan setelah cita-cita menulis blog kembali pada tahun lepas tidak kesampaian.
Kali ini tumpuan penulisan lebih kepada 4 skop.
1. Peribadi.
2. Filem.
3. Seni.
4. Perkongsian Ilmu (Knowledge Transfer)
Itu saja untuk post kali ini.
Ini aku sertakan gambar Burung Jalak Hitam yang di ambil berhadapan bilik hostel aku di Universiti.
Tuesday, February 14, 2012
kembali
Monday, August 30, 2010
Sijil dan Alkisah.
Masa pikir-pikir pasal praktikal tu,ade gak la terpikir pasal kerja.. Dah Grad nnti nk kerja celah mana hah..? pikir punya pikir..haaa.. ternmpak la pulak beg sijil yang menempatkan kutipan-kutipan sijil dari tadika sampai menengah, *sijil lahir xdikira la eh..hehe..
Bukak punya bukak tengok-tengok dah banyak jugak sijil aku nih..
aku tau, korang punya lagi banyak kan? Tapi aku bukan la nk lawan sijil sapa lagi banyak cuma nak kongsi betapa best nye ade sijil banyak ni..
ANTARA SEBABNYA :
1. Mengimbas kembali memori-memori silam.
2. Nak tunjuk kat BOS, BINI, BAKAL PAK MERTUA *jika perlu yang membuktikan aku ni ade kebolehan. Kalau xde sijil,xde la bukti.. org sekarang suke bukti-bukti ni..lagi2 video2 tutt.....opz.. hehe..
3. Nak tunjuk kat ANAK2,CUCU,CICIT...dan sekutu dengan nya. Atas alasan menjadikan Inspirasi, Semangat bertambah2 nak maju dan berjaya dalam kehidupan.
4. Biasala, kalau g pertandingan2 mse skolah dulu mana ade bawk henset,hempon,kamere, dan segala bagai nk amik gmbo..so sijil ni kre macam gmbo la yang aku pernah g situ.. "kukilalart was here".. haha..
5. Menambah semangat aku tok mengumpul lebih banyak sijil,untuk turut bergiat aktif dalam segala macam aktiviti.
Kat sijil ni aku suke tengok kat dua bahagian.
1. Kat logo atas tu.
2. Kat tempat SAIN tu.. sapa yang sain.. besor mana pangkat dia.. *kalau boleh satu tempat tu nk amik sain yang paling beso pangkat dia.. makna nye beso la aktiviti yang diorang buat dan aku join.. ;D
Hah..setelah dibelek-belek "satu per sehelai"..haape punya bhasa daa.., aku baru terperasan bende nih.. :
...yang aku baruuuu je perasan dari skolah rendah lagi aku dah jadi pengerusi pendidikan seni, aik..? macam xpercaya je.. hehe..
persatuan unit beruniform yang paling aku setia,, pengakap.. !!!
Sukan tu..errk... bola mse skola rendah je,skola menengah boling kot... haha..
Kenapa dengan seni dalam diri aku ni.. haha,, ni la bakat/anugerah tuhan bagi kt aku.. alhamdulillah.. Amin..
tapi seni aku bukan takat menconteng-conteng je.. aku gak ade la sikit je bakat dalam penulisan khat.. x percaya???
hehehe..
Cerita Ringkas :
masa darjah tiga, satu hari.. seorang ustazah memanggil nama aku,, erm saifuddin.. ikut cikgu sekejap..
dengan xtau ape2 pon ikut g pjabat.. lalu dia ajar gune pensel MATA KHAT.. yang buat kali pertama nya aku pegang.. cube awak tulis dari alif sampa ya ni.. ikut eh..
setelah beberapa minit.. ooh..cantik, saya nak antar awk ke pertandingan menulis khat nak? dengan sebengong-bengong kanak-kanak aku pon ikut je,,,
sampai2 xsilap aku skola bandar baru uda 2 kot.. trus je join,,walaupon kalah..sbb yang lain hebat2,, tp aku rasa best sbb 1st time g skola org join pertandingan..dan mulai hari itu aku sedar yang TULISAN aku lawa... huahahaha...!
dan ni SIJIL yang aku rasa paling 'RARE' dalam hidup,walaupon semua rare..tapi ni terpaling rare sebab...
SIJIL shopping complex tu.. pertandingan mewarna sempena hari ibu..
Cerita Ringkas :
..mak ajak g jejalan Skudai Parade, mse tu baru je bukak plaza, Mall tu.. aku pon dengan rasa riang g le,, mse tu budak2.. ikut je la,, yang penting balik mesti bawak baju shelai ke,,makanan ke,, tapi bukan mainan sbb aku bukan kaki main mainan...
Masuk2 pintu depan tu,,terrrpandang ade "Mothers Day Colouring Contest".. tengok berduyun mahluk2 xkira bangsa.. Tapi biasa la,kalau pertandingan mewarna ni mmg Bangsa Cina la takluk..sbb diorg mmg POWER, xdinafikan..
mak pon dengan rasa bannga yang anak nya selalu masuk pertandingan mewarna kat UTM dan selalu menang 1st,2nd,3rd place..ajak la msuk.. mse tu aku mcam xnk sbb xbawak 'senjata sulit' aku iaitu sekotak warna karyon.. tp rasa nk try,,try je la..
Aku pon daftar,, mse dftar tu dah xpikir ape la,,kalah ke menang ke,, sbb mase tu ade lebih kurang 100++ pserta kot,, dah mcm semut dah.., disebabkan ade sponsor COLOUR SWANs kalau xsilap la.. aku join, dapat tshirt sorg shelai ngan warna kotak kecik je.. alaaaahai..
Aku pon mgeluhla kat MAK, dan abg aku,, "tengok tu, diorg bawak kaler sndiri,,kotak besor, ade kaler karyon la.. pudin kaler pensil je".. mak ngan abg xbuat pe,tgokkan je.. tp dh dftarkan,, sronok dpat bju free..
Masa pertandingan pon bermula dan tamat pada sejam lebih berikutnya,,dan masing2 summitla.. mse tu toleh2 budak2 cina siap guna meja tulis lipat lgi,, aku baring la kt lantai depan pentas tu,,
mase nak tggu keputusan tu,ingat dah nak balik dah,, sbb dah penat gile,, dari pagi sampai petang,, biasa la pertandingan mewarna,,dah biasa dah.. jap lagi bru je nk balik..diorg Umumkan para2 pemenang.. biasa kalo pertandingan diorg tampal kt board sapa yang menang,,yng ni diorang pegang kertas2 yg dh di kalerkan tu..
dan saat diumumkan telah tiba,, dia pon cakap Hadiah semuannya ade sepuluh sahaja.. aku pon tnggu dengan tabah.. 1-6 dah sebut,,semua budak cina.. sampai ketujuh tu bru la sorg aweks melayu,, jap g no 9 kot nama aku pulak dia sebut,, aku pon rasa macam xpercaya... 1-10 tu 2 orang je orang melayu.. hoho..
rasa bangge gak la.. kerana dapat tmpat sguhati (4-10) tu...
* Pesan aku.. budak2 MELAYU kat luar sana tu, aktifkan lah seni diri korang semua,, aku tau korang ade bakat, jangan malu2.. seni ni baik tok otak.. hehe..
Masa pon dah smpai tok aku tamatkan post kali ni.. Harap korang sume suke dan jadikan contoh pada diri korang.. Maaf sekiranya ade kesilapan kata dalam penulisan post kali ni..
Salam.